Polisi Pemulangan
Kami komited untuk memastikan setiap pesanan diproses dan dihantar dengan baik. Sila baca polisi pemulangan di bawah sebelum membuat pembelian.
Pemulangan produk
Disebabkan produk ini melibatkan kegunaan peribadi dan faktor kebersihan, pemulangan atau pertukaran produk yang telah dibuka, digunakan, atau rosak akibat penggunaan tidak dibenarkan.
Produk rosak atau salah dihantar
Pemulangan atau penggantian hanya akan dipertimbangkan sekiranya:
-
Produk diterima dalam keadaan rosak
-
Produk yang diterima adalah tidak sama seperti yang dipesan
Sebarang laporan mestilah dibuat dalam tempoh 24 jam selepas produk diterima berserta bukti bergambar atau video yang jelas.
Keadaan produk untuk pemulangan
Produk mestilah:
-
Tidak dibuka
-
Tidak digunakan
-
Dalam pembungkusan asal
-
Dalam keadaan baik dan lengkap
Produk yang tidak memenuhi syarat di atas tidak layak untuk pemulangan atau bayaran balik.
Bayaran balik
Bayaran balik hanya akan diproses selepas produk yang dipulangkan diterima dan diperiksa.
Bayaran balik akan dibuat melalui kaedah pembayaran asal dalam tempoh yang munasabah.
Kos penghantaran pemulangan
Kos penghantaran untuk pemulangan adalah di bawah tanggungan pelanggan, kecuali kes melibatkan kesilapan penghantaran atau produk rosak dari pihak kami.
Pembayaran Cash On Delivery (COD)
Bagi pesanan COD, caj tambahan COD tidak akan dikembalikan sekiranya berlaku pembatalan atau pemulangan.
Keputusan muktamad
Pihak kami berhak untuk menolak sebarang permohonan pemulangan atau bayaran balik sekiranya syarat yang ditetapkan tidak dipenuhi.